Lagi kuat Pakatan Rakyat ditekan, lagi meriah sokongan yang Pakatan terima dari orang ramai. Lagi kuat fitnah UMNO terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR, maka lagi gemilang wajah Pakatan dimata rakyat terbanyak.
Ini yang membuatkan UMNO dan sekutu mereka cemburu dan iri hati. Fitnah bangang ala UMNO sudah tidak dipedulikan rakyat. Malah kian terserlah kekuatan dan kehebatan Pakatan Rakyat dik kerana promosi percuma dalam media mereka. Rakyat sedar, jika hitam laporan media mereka maka rakyat sudah mengetahui warna sebenar yang dimaksudkan ialah putih... kahkahkah...
Jika laporan media penjilat UMNO mengatakan PAS tak bagus dalam peduli hal hal rakyat, itu bermakna PAS adalah terbaik saat ini dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak. Jika video seks tajaan mereka mengatakan Anwar rendah moralnya, ini bermakna moral Anwar masih jauh untuk ditandingi waima Najib maupun Muhyiddin sekalipun. Itu adalah yang tersirat dari laporan media media mereka dan alhamdulillah, rakyat amat faham... haha...
Terkini, beberapa orang artis dilaporkan bersedia untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air. Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.
Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.
Makin berbulu lagi lah UMNO yang kian jauh dipencilkan masyarakat... terima kasih diatas promosi percuma UMNO pada Pakatan dalam media penjilat mereka walaupun negatif tapi dilihat positif oleh rakyat... kahkahkah... Ini lah kemenangan rakyat
0 comments:
Post a Comment